Cinta Mumtaz Website
Terma & Syarat
Laman sesawang www.cintamumtaz.com (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “Laman“) menawarkan penilaian psikometrik dalam talian untuk membantu individu-individu (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “Pelanggan“) yang ingin memahami pilihan utama mereka untuk berhubung dengan individu lain dalam perhubungan cinta. Tujuan Terma dan Syarat Perkhidmatan ini (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “T&S”) adalah untuk menentukan terma dan syarat yang berkaitan dengan penyediaan perkhidmatan di Laman (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “Perkhidmatan“).T&S ini mengawal hubungan berkontrak antara pihak penyedia dengan Pelanggan, yang tertakluk pada terma dan syarat perkhidmatan khusus dan boleh didapati di www.cintamumtaz.com.T&S tersebut tertakluk pada pematuhan terhadap peruntukan Terma Penggunaan, yang boleh didapati di www.cintamumtaz.com.
1. Penerimaan dan pengubahsuaian
PENERIMAANPenerimaan T&S ini hendaklah ditunjukkan dengan menandakan kotak semak dalam borang pendaftaran. Mana-mana Pelanggan yang tidak bersetuju untuk terikat dengan peruntukan T&S ini tidak akan dibenarkan akses kepada Laman atau menggunakan Perkhidmatan. Dengan mengklik “Saya terima”, Pelanggan menyatakan kesanggupan untuk mematuhi semua peruntukan T&S pada masa ini. PENGUBAHSUAIANPenyedia berhak meminda T&S pada bila-bila masa dan menurut budi bicara mutlaknya. Pelanggan akan diberitahu tentang pindaan ini melalui saluran yang berkaitan.Mana-mana Pelanggan yang menggunakan Perkhidmatan selepas berkuat kuasanya T&S yang dipinda hendaklah disifatkan sebagai telah menerima pindaan ini.
2. Perihalan dan harga Perkhidmatan
Pihak Penyedia menawarkan produk penilaian yang dipanggil Cinta Mumtaz kepada Pelanggan yang ingin memahami pilihan utama mereka untuk berhubung dengan individu lain dalam perhubungan cinta.Pelanggan akan menerima nama pengguna dan kata laluan yang akan memberikan akses kepada penilaian tersebut. Terdapat dua jenis pakej: Solo dan Duet. Pakej Solo akan menyediakan satu laporan individu. Duet mempunyai dua jenis pek: Gold dan Platinum. Duet Gold akan menyediakan dua akses dan dua laporan individu. Duet Platinum akan menyediakan dua akses, dua laporan individu dan satu laporan keserasian.Walau apapun pakej yang dibeli, nama pengguna dan kata laluan hanya akan aktif selama 48 jam dari masa e-mel pengaktifan dihantar. Akaun akan dinyahaktifkan secara automatik selepas 48 jam dan Pelanggan tidak akan dapat lagi menjalani penilaian. Pelanggan tidak akan menerima apa-apa laporan sekiranya mereka tidak mengakses sistem dalam lingkungan masa yang diperuntukkan. Tidak akan ada bayaran balik sama sekali melainkan jika dinyatakan sebaliknya. Sebagai sebahagian daripada Perkhidmatan ini, pihak Penyedia menghasilkan laporan berdasarkan respons Pelanggan terhadap penilaian/soalan (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “Laporan”), yang boleh dimuat turun dan disimpan oleh Pelanggan dalam peranti mereka sendiri.Bagi pakej Solo dan Duet Gold, Laporan akan dijanakan dan dipaparkan pada skrin sebaik sahaja Pelanggan menyempurnakan penilaian. Pelanggan mempunyai pilihan untuk memuat turun Laporan dan menyimpannya dalam peranti mereka sendiri. Walau bagaimanapun, bagi pakej Duet Platinum, Laporan keserasian hanya boleh dijanakan selepas kedua-dua Pelanggan menyempurnakan penilaian. Oleh yang demikian, tiada Laporan keserasian akan dijanakan melainkan penilaian tersebut disempurnakan oleh kedua-dua Pelanggan dalam tempoh akses yang dibenarkan. Jika hanya seorang Pelanggan sahaja yang menyempurnakan penilaian, satu Laporan individu untuk Pelanggan tersebut akan tetap dijanakan.Laporan-laporan tersebut menyertakan ringkasan profil dan pilihan utama Pelanggan, bersekali dengan apa-apa maklumat lain (grafik, skor, dsb.) yang disediakan oleh Penyedia.Penyedia berhak mencadangkan apa-apa Perkhidmatan lain yang dirasakan berguna, dalam format dan melalui kaedah teknikal yang dirasakan paling sesuai untuk penyediaan Perkhidmatan.
3. Keadaan Kewangan dan Polisi Pemulangan
Pakej Cinta Mumtaz hanya tersedia sebagai pembelian sekali bayar. Bayaran hendaklah dibuat melalui(i) pindahan bank dalam talian menggunakan nombor kad bank atau nombor akaun bank Pelanggan, atau melalui (ii) kad kredit atau (iii) PayPal.Harga produk boleh diubah oleh Penyedia pada bila-bila masa, menurut budi bicara mutlaknya.Pelanggan mengakui mereka tidak berhak mendapat bayaran balik bagi mana-mana bahagian pembelian mereka. Apabila kesukaran teknikal menghalang Pelanggan daripada mengakses penilaian dalam had masa yang ditetapkan dalam Bahagian 2, tiada bayaran balik akan diberikan, melainkan jika kesukaran teknikal tersebut berlaku dalam lingkungan Cinta Mumtaz atau sistem pembayaran. Penentuan sifat bagi mana-mana kesukaran teknikal akan dilakukan oleh Cinta Mumtaz. Demikian juga, sekiranya laporan penilaian Pelanggan tidak dipaparkan, disimpan dan/atau dicetak menurut standard yang boleh diterima pada peranti/peralatan Pelanggan, Cinta Mumtaz akan mengeluarkan versi yang dibetulkan hanya jika masalah tersebut dirasakan berpunca daripada Cinta Mumtaz.
4. Pengubahsuaian kepada Perkhidmatan dan Harga
Harga produk kami tertakluk pada perubahan tanpa notis. Kami tidak akan bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga atas apa-apa pengubahsuaian, perubahan harga, penggantungan atau penghentian Perkhidmatan.
5. Kewajipan Pelanggan
Pelanggan beriltizam untuk mematuhi peruntukan T&S pada masa ini serta undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa. Mereka beriltizam untuk menghormati apa jua hak pihak ketiga.Pelanggan berjanji tidak akan memindahkan, menguntukkan atau memajakkan semua atau sebahagian daripada hak atau kewajipan mereka di sini dalam apa jua cara kepada mana-mana pihak ketiga, atau memindahkan kepada mana-mana pihak ketiga penggunaan atau pemilikan Ujian dan Laporan, atau secara lebih umum, apa-apa maklumat yang diterima daripada Penyedia dalam lingkungan rangka kerja Perkhidmatan.Pelanggan berjanji untuk memberikan semua maklumat yang perlu kepada Penyedia untuk pelaksanaan Perkhidmatan yang betul.Setiap Pelanggan menjamin Syarikat terhadap apa-apa tuntutan, desakan dan/atau tindakan yang mungkin ditanggung oleh Penyedia akibat pelanggaran yang dilakukan oleh Pelanggan terhadap mana-mana kewajipannya di bawah T&S ini.
6. Ketepatan Maklumat Pengebilan dan Akaun
Kami berhak menolak apa-apa pesanan yang anda buat dengan kami. Anda bersetuju untuk memberikan maklumat pembelian dan akaun yang terkini, lengkap dan tepat bagi semua pembelian yang dibuat di laman sesawang kami. Anda bersetuju untuk mengemaskinikan akaun anda dan maklumat lain dengan segera, sebagaimana dan sekiranya diperlukan oleh sistem pembayaran peniaga, termasuklah alamat e-mel serta nombor kad kredit anda dan tarikh tamat tempoh, supaya mereka dapat menyelesaikan transaksi dan menghubungi anda sebagaimana yang diperlukan.
7. Perubahan kepada Terma Perkhidmatan
Anda boleh menyemak versi Terma Perkhidmatan yang paling terkini pada bila-bila masa di halaman ini.
Kami berhak, menurut budi bicara mutlak kami, untuk mengemaskinikan, mengubah atau menggantikan mana-mana bahagian daripada Terma Perkhidmatan ini dengan menyiarkan kemas kini dan perubahan pada laman sesawang kami. Sememangnya menjadi tanggungjawab anda untuk memeriksa laman sesawang kami dari semasa ke semasa untuk melihat apa-apa perubahan. Penggunaan atau akses berterusan anda ke laman sesawang kami atau Perkhidmatan selepas penyiaran apa-apa perubahan kepada Terma Perkhidmatan ini menandakan penerimaan terhadap perubahan tersebut.
8. Kesilapan, Ketidaktepatan dan Ketinggalan
Kadang-kadang mungkin ada maklumat di laman sesawang kami atau dalam Perkhidmatan yang mengandungi kesilapan tipografi, ketidaktepatan atau ketinggalan yang mungkin berkait dengan perihalan produk, penentuan harga, promosi, tawaran, caj pengiriman produk, masa transit dan ketersediaan. Kami berhak membetulkan apa-apa kesilapan, ketidaktepatan atau ketinggalan, dan mengubah atau mengemaskinikan maklumat atau membatalkan pesanan sekiranya mana-mana maklumat dalam Perkhidmatan atau pada mana-mana laman sesawang yang berkaitan tidak tepat, pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu (termasuklah selepas anda menyerahkan pesanan anda).
9. Batasan liabiliti
Penyedia akan berusaha sedaya upaya untuk menyediakan Perkhidmatan dengan teliti dan mengikut amalan perdagangan.
Laman dan Perkhidmatan Cinta Mumtaz disasarkan untuk kegunaan sosial dan peribadi sahaja. Penyedia tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa salah guna produknya, termasuk penggunaan tanpa izin untuk penggajian dan/atau penilaian psikologi oleh mana-mana pihak ketiga dengan atau tanpa kebenaran Pelanggan.Penyedia tidak akan menerima liabiliti terhadap Pelanggan dalam apa jua keadaan, atas apa-apa sebab pun, untuk apa sahaja kerugian tidak langsung, seperti kehilangan hasil, keuntungan, peluang, kumpulan pelanggan, atau pesanan, kerosakan reputasi, ketidaktepatan atau kerosakan fail atau kehilangan data, kerugian operasi, kerugian perniagaan atau apa-apa kesan terhadap hubungan peribadi Pelanggan akibat penggunaan platform ini serta maklumat yang dijanakan dan dikongsi akibat penggunaannya.
10. Harta Intelektual & Hak Cipta
Semua hak cipta terpelihara. Tiada mana-mana bahagian penilaian atau laporan boleh diterbitkan semula, diedarkan, atau dipindahkan dalam apa jua bentuk atau dengan apa jua cara, termasuk secara fotokopi, rakaman, atau kaedah elektronik atau mekanik yang lain, tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Penyedia.
11. Undang-undang yang mengawal – Bidang kuasa kompeten
Pihak dalam kontrak ini bersetuju untuk berserah kepada bidang kuasa Malaysia. Semua kontrak hendaklah ditafsirkan menurut undang-undang Malaysia.