NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI UNTUK CINTA MUMTAZ
Notis Data Peribadi ini ("Notis") menerangkan bagaimana Global Assessment Technologies dan Services Sdn Bhd ("syarikat") yang merupakan pemberi perkhidmatan kepada Cinta Mumtaz menggunakan Data Peribadi anda.
Cinta Mumtaz merupakan laman sesawang yang menyediakan perkhidmatan penilaian psikometrik khususnya untuk membantu individu-individu yang ingin memahami cara pilihan untuk berhubung dengan individu lain dalam perhubungan cinta melalui maklum balas yang diberikan oleh mereka kepada penilaian/soalan.
Sila baca Notis ini dengan teliti kerana syarikat kami ingin membuat pendedahan secara telus dan ikhlas berhubung dengan penggunaan dan pemprosesan semua Data Peribadi yang diambil daripada pelanggan.
Dengan menggunakan platform Cinta Mumtaz, anda memberikan kebenaran untuk Data Peribadi anda diproses oleh Global Assessment Technologies & Services Sdn. Bhd. dan semua orang yang terlibat dalam pemberian perkhidmatan oleh Global Assessment Technologies & Services Sdn Bhd.
Sekiranya terdapat apa-apa ketidakselarasan antara bahasa Inggeris dengan versi dalam bahasa-bahasa lain, versi bahasa Inggeris akan mengatasi versi bahasa lain. Syarikat mempunyai hak untuk mengubah suai, mengemas kini atau meminda terma Notis ini pada bila-bila masa dengan meletakkan Notis yang dikemas kini tersebut ke dalam Lawan Sesawang. Perhubungan yang berterusan dengan syarikat atau penggunaan perkhidmatan syarikat selepas pengubahsuaian, pengemaskinian atau pindaan terhadap Notis ini akan dianggap sebagai penerimaan anda terhadap semua pengubahsuaian, pengemaskinian atau pindaan yang dibuat.
1. “Data Peribadi” bermakna maklumat mengenai anda yang telah diberikan kepada syarikat seperti nama, alamat, jantina, tarikh lahir, alamat e-mel, pilihan peribadi, butiran berhubung dengan pasangan atau ahli keluarga dan maklumat bank akaun (sekiranya diperlukan bagi tujuan pembayaran peniaga) dan apa-apa maklumat yang boleh digunakan untuk mengenal pasti identiti anda, pasangan anda atau ahli keluarga anda yang boleh dikumpulkan, disimpan, digunakan atau diproses oleh syarikat dari semasa ke semasa dengan penggunaan laman sesawang Cinta Mumtaz ini oleh anda.
2. Sebagai tambahan, dengan menggunakan platform Cinta Mumtaz dan menjawab soalan yang terkandung di dalamnya, anda telah memberikan maklumat yang membolehkan syarikat meramalkan pilihan dan/atau kecenderungan psikologikal anda bagi tujuan menghasilkan parameter analisis yang digunakan. Syarikat boleh menggunakan data tersebut untuk ramalan pada masa depan dan atau untuk kegunaan komersial.
3. Sebagai tambahan kepada Data Peribadi yang anda berikan kepada syarikat, (sepanjang keterlibatan anda dengan laman sesawang Cinta Mumtaz), syarikat turut boleh mengumpul Data Peribadi daripada pelbagai sumber, termasuk dan tidak terhad kepada apa-apa acara, persidangan, seminar, persidangan atas talian, atas talian/ maklum balas media sosial dan/atau syarahan yang diadakan atau dianjurkan oleh syarikat dan/atau daripada cookies yang digunakan dalam laman sesawang tersebut.
4. Pengemukaan Data Peribadi anda adalah secara sukarela. Namun demikian, sekiranya anda tidak mengemukakan Data Peribadi anda, syarikat mungkin tidak boleh memberikan produk Cinta Mumtaz dan akses kepada platform Cinta Mumtaz.
Kegunaan lain
5. Syarikat juga boleh menggunakan dan memproses data anda untuk kegunaan-kegunaan lain seperti: -
- untuk menghantar kepada anda bahan-bahan seperti surat berita, artikel, penulisan dan apa-apa pengemaskinian melalui e-mel;
- untuk menyebarkan maklumat atau butiran mengenai acara, seminar, persidangan dan syarahan yang mungkin anda minati melalui e-mel;
- untuk melaksanakan tinjauan dalaman dan aktiviti analisis data sama ada untuknya atau untuk pihak ketiga;
6. Sekiranya anda tidak bersetuju kepada penggunaan Data Peribadi anda oleh syarikat bagi tujuan sebagaimana yang disenaraikan dalam Seksyen 6, sila maklumkan kami dengan menggunakan maklumat perhubungan yang terdapat dalam seksyen 8 seperti di bawah. Sila ambil maklum bahawa keengganan anda untuk menerima terma dan syarat yang terkandung di sini mungkin akan menjejaskan akses anda kepada platform Cinta Mumtaz. Syarikat mempunyai hak untuk mengawal akses ke Cinta Mumtaz dan mengenakan apa-apa syarat dan terma yang difikirkan perlu.
Pemindahan Data Peribadi
7. Perkhidmatan penyimpanan teknologi maklumat milik syarikat mungkin terletak dalam bidang kuasa lain, Data Peribadi anda mungkin akan dipindahkan, disimpan, digunakan dan diproses di bidang kuasa lain, selain Malaysia. Selain itu, data peribadi anda mungkin dipindahkan keluar daripada bidang kuasa Malaysia seperti tujuan yang dinyatakan dalam Seksyen 6 (c) di mana pelanggan dan/atau pengguna terletak di luar Malaysia. Anda memahami perkara ini dan memberi kebenaran kepada pemindahan Data Peribadi anda keluar sebagaimana yang diterangkan di atas.
Pendedahan Kepada Pihak Ketiga
8. Syarikat boleh mendapatkan perkhidmatan daripada syarikat, pembekal perkhidmatan atau individu untuk menjalankan fungsi bagi pihak syarikat dan boleh memberikan akses atau mendedahkan Data Peribadi anda kepada pihak ketiga seperti yang tersenarai (tidak terhad kepada yang disenaraikan)
- penyedia perkhidmatan teknologi maklumat;
- penyedia perkhidmatan memasukkan data;
- penyedia perkhidmatan penyimpanan;
- bank dan institusi-institusi kewangan termasuk penyedia bayaran peniaga pihak ketiga;
- pihak penyedia insurans;
- mana-mana penasihat profesional dan juruaudit luar.
Akses & Permohonan Pembetulan dan Soalan
9. Tertakluk pada kecualian di bawah undang-undang yang terpakai, anda boleh, pada bila-bila masa selepas ini memohon akses kepada, atau pembetulan kepada Data Peribadi dibuat atau mengehadkan pemprosesan Data Peribadi anda, atau memohon maklumat lanjut daripada syarikat dengan menghubungi: -
10. Berhubung dengan hak anda untuk mengakses atau membetulkan Data Peribadi anda, syarikat berhak untuk menolak permohonan anda terhadap akses dan/atau pembetulan kepada Data Peribadi anda berdasarkan sebab-sebab yang dibenarkan di bawah undang-undang, sebagai contoh sekiranya penyediaan akses kepada anda akan mendedahkan anda kepada risiko yang tidak wajar terhadap privasi anda.